Monday, 14 July 2014

hai dan assalamualaikum

sihat ke bulan puasa ni? harap harap semua sihat. lately ni banyak benda jadi dan yes aku berjaya harungi walaupun dalam kepayahan.

cuma, there is something that bothering me much. entah lah. di saat semua orang kata hubungan ni takkan ke mana aku masih letakkan kepercayaan bahawa ia akan berhasil jugak suatu hari nanti. cuma nak kena sabar dan usaha lebih sikit.

kadang kadang aku rasa macam aku sorang je yang usaha nak kekalkan hubungan ni. dia macam kisah tak kisah. tapi aku tak bagitahu sebab takut dia kecik hati. even kalau dia care sangat sampai nak tamatkan hubungan ni dengan ikatan perkahwinan aku rasa aku tak sedia lagi. haha. so biar je dia macam tu.

aku tak henti berdoa dan doa. walaupun dalam hati ni ada terselit bahawa hubungan ni mustahil akan pergi lebih jauh. there are so much obstacles and challenge.

huarghhhh nak nagis nye rasa. dari awal lagi it is something strange how we can fall in love with each other. mulanya konon taknak letak apa apa harapan dan anggap bercinta tak semestinya akhir dengan nikah. tu pemikiran masa tu lah. tapi aku dan dia silap. bila dah terlajak jauh sayang ni, kalau tak letak harapan tu bukan manusia lah namanya. dan sekarang dua dua tak sanggup kehilangan. kan dah parah?

sepatutnya bila macam tu dari awal lagi dah stop diri daripada jatuh cinta. tapi apa boleh buat. satu perkara yang semua orang kena tahu rasa sayang ni anugerah dari Dia. siapa pun tak boleh tolak kalau tiba tiba Allah nak hadirkan rasa sayang walaupun masa tu kau tak bersedia dengan siapa dan bagaimana caranya korang boleh terasa sayang.

aneh kab? ye aneh. semoga ada sinar yang menanti kami nanti.

ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku ya Allah. may this love story will end beautifully. amiin.

Tuesday, 4 March 2014

today's story

assalamualaikum semua.

what a hectic month i have. uish. speaking bhai. ni tengah sibuk buat report final untuk semester 6. sebulan je lagi nak habis practical. hmmmm

sedih lah weh. aku dah la ada banyak benda nak tinggal kat sini. tak sanggup rasa nak tinggalkan apa yang kami dapat sepanjang kat sini. abang, abah, mama, umi, en.din, semua lah. mula2 masa praktikal memang doa hari2 nak habis cepat. selalu fikir bila la nak bulan 3. cepat la habis cepat la habis.

but then, aku yang menggeletis tak nak habis bila waktu hampir ke akhirnya. ahh, sedih siot. aku ni jenis yang susah sikit nak lepas satu2 benda. cuba bayang eh, member2 sekolah tadika aku dulu pun aku still ingat momen yang hari2 kitorang buat. main apa, makan apa. ni kan pulak yang baru je nak habis ni. yang tadika tu, dah berapa tahun tinggal. sekarang 21 tolak umur 5-6 tahun, dah 15 tahun. tapi still ingat.

ya, aku jenis yang simpan semua memori yang aku pernah lalui. sebab aku sayang memori aku. tak tahu;ah kalau sampai masa nak hilang ingatan kan? tapi, nauzubillah jadi. macam mana aku nak sesuaikan diri lepas ni untuk tak fikir pasal praktikal life lagi? bother me much. nak kena sesuaikan diri dengan keadaan baru lagi. sooner or later, aku akan biasakan diri. semuanya perlukan masa.

yeah, yang penting aku akan rindu abang sangat2. aih. lain macam bunyinya... ahh, lantak hang lah. rancangannya, lepas praktikal nak kerja kat Ipoh dengan fana. kerja kamdar. basic dlm 900++... okay lah. boleh tampung adik2 aku dulu sebelum aku dapat kerja tetap.

semoga, Allah mudahkan jalan untuk aku tolong family aku. memang takkan terbalas jasanya, tapi sekurang2nya aku nak cuba. tak salah kan?

nak jadi pelangi boleh?
bye

Wednesday, 29 January 2014

orang buat taik balas la bunga

ehem.
assalamualaikum.
lama aku tak menulis kan? so many stories and so many things happen in my life. dari yang kecik sampai lah ke sebesar-besar perkara.

awal dulu, aku suka sorang mamat ni. entah macam mana la boleh berkenan. tetibe kawan gua cantas. seronok kan member sendiri cantas? memula aku tanya. kau suka dia ke? dia cakap, xdelah. aku nak kawan je. so aku bagi chance. kawan la kan kalau nak kawan. dah pulak sekarang jadi pakwe. apa aku rasa? apa korang rasa? ada orang cakap kalau aku nangis sebab dia, maknanya aku cintakan dia. tapi go to hell lah dengan laki tu. not worth it pun. kejar yang lawa je. taik betul. haa kan dah mencarut?

dulu kau kata kau tak suka laki lagi tua. xnak kapel lah ape lah. sekarang kau yang kapel ngan dia. wei dah ludah pun boleh jilat balik ke. seronok betul aku tengok perangai manusia ni. macam macam.

ah well. aku dah go on. lantak diorang lah nak buat apa pun. aku malas nak kisah dah. because i have my love now. hee. he is so caring and and and.... ook dah. tu je entry pasal dia. love u.

till then olls.