hai dan assalamualaikum
sihat ke bulan puasa ni? harap harap semua sihat. lately ni banyak benda jadi dan yes aku berjaya harungi walaupun dalam kepayahan.
cuma, there is something that bothering me much. entah lah. di saat semua orang kata hubungan ni takkan ke mana aku masih letakkan kepercayaan bahawa ia akan berhasil jugak suatu hari nanti. cuma nak kena sabar dan usaha lebih sikit.
kadang kadang aku rasa macam aku sorang je yang usaha nak kekalkan hubungan ni. dia macam kisah tak kisah. tapi aku tak bagitahu sebab takut dia kecik hati. even kalau dia care sangat sampai nak tamatkan hubungan ni dengan ikatan perkahwinan aku rasa aku tak sedia lagi. haha. so biar je dia macam tu.
aku tak henti berdoa dan doa. walaupun dalam hati ni ada terselit bahawa hubungan ni mustahil akan pergi lebih jauh. there are so much obstacles and challenge.
huarghhhh nak nagis nye rasa. dari awal lagi it is something strange how we can fall in love with each other. mulanya konon taknak letak apa apa harapan dan anggap bercinta tak semestinya akhir dengan nikah. tu pemikiran masa tu lah. tapi aku dan dia silap. bila dah terlajak jauh sayang ni, kalau tak letak harapan tu bukan manusia lah namanya. dan sekarang dua dua tak sanggup kehilangan. kan dah parah?
sepatutnya bila macam tu dari awal lagi dah stop diri daripada jatuh cinta. tapi apa boleh buat. satu perkara yang semua orang kena tahu rasa sayang ni anugerah dari Dia. siapa pun tak boleh tolak kalau tiba tiba Allah nak hadirkan rasa sayang walaupun masa tu kau tak bersedia dengan siapa dan bagaimana caranya korang boleh terasa sayang.
aneh kab? ye aneh. semoga ada sinar yang menanti kami nanti.
ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku ya Allah. may this love story will end beautifully. amiin.
No comments:
Post a Comment