kemiskinan adalah salah satu sebab kenapa ramai manusia hari ni terdesak dalam mencari apa jua bentuk kesenangan dlm dunia termasuk menggadaikan maruah diri sendiri untuk sesuap nasi.seorang ibu mungkin berkorban untuk anaknya yang kelaparan,seorang ayah mungkin bermati-matian untuk memastikan perut anaknya tidak hanya diisi oleh angin.begitulah antara pengorbanan dalam dunia yang kadang2 membuatkan hati tersentuh dan mahu menjerit.namun apakan daya..berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul...bukan kerana tak mahu menolong..tapi apakan daya,yang melihatnya juga tak terdaya. sang kaya lebih bijak merencana projek berjuta-juta daripada melahirkan sifat ihsan kepada yang kurang bernasib baik. miskin bukan penghalang kepada seseorang untuk terus berjaya.yang penting,usaha dan tawakal yang berterusan tanpa rasa ingin berputus asa. sebenarnya dlam islam tidak menggalakkan umatnya menjadi miskin kerana miskin akan menyebabkan manusia jauh daripada rahmat Allah.bukan kerana Allah memilih hambaNya,tetapi apabila kemiskinan datang menghimpit dalam waktu kesempitan,manusia lebih suka menyalahkan takdir daripada redha dan terus berusaha dan yakin dengan apa yang direncanakan oleh Allah sebenarnya mempunyai hikmah yang unik dan tersendiri. tatkala kesempitan melanda, tetapkan hati dan sedapkan hati sendiri bahawa pasti Allah merencanakan sesuatu yg lebih baik dari ini.
kadang-kadang Allah turunkan guruh yang merentap keberanian dan keindahan hidup kita walau seketika cuma,namun rupanya Allah menyediakan pelangi yang sgt indah bagi sesiapa sahaja yang sabar dan berusaha walaupun dikurniakan kesempitan.ingatlah bahawa SABAR itu MANIS....!!!!
No comments:
Post a Comment