Wednesday, 2 January 2013

cerpen : bahagian 1


Tatkala hujan sedang turun rintik-rintik membasahi bumi Allah yag luas ini, telefon bimbit blackberry bold Dina berbunyi. Beep. Beep.
            “hello, assalamualaikum. Siapa ni?”
            “wassaalam. Ni Faiq. Ingat lagi tak?” Dayyan Faiq berbasa-basi
            “Faiq mana eh? Sorry. Awak salah nombor kot.”
            “Eh, tak tak. Saya yang awak pinjam buku hari tu? Ingat lagi?”
“Oh, awak ke? Sorry. Saya ni pelupa sikit.” Dina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“It’s okay. Saya saja telefon nak tanya khabar awak. Takpe lah. Saya nak kena pergi kuliah dah ni. Nanti saya call awak lagi. By the way, I am looking forward to you Miss Dina..” tut tut. Talian diputuskan. Apa lah yang mamat ni nak? Tak habis-habis lagi ke insiden hari tu. Heish! Saja nak kenakan aku gamaknya. Dah la nombor aku pun tak tahu dia dapat kat mana. Nak kata dapat kat kawan-kawan, aku mana ada ramai kawan kat sini. Rose jelah yang ada. Nama pun dia tahu. Tak boleh jadi ni. Takpe. Kalau dia nak main, aku akan pastikan aku lah pemenangnya.
Alamak! Matilah aku kali ni. Buku kat perpustakaan tak ambil lagi. Macam mana nak buat tugasan Miss Linnet ni. Nanti kena soal depan dewan kuliah malu aku. Dah la pelajar Melayu sikit. Memalukan nanti. Dina bergegas ke perpustakaan yang terletak 2km dari kelas tutornya. Kawasan universiti ni memang luas. Jarak antara fakulti ke fakulti pun dah ambil masa 15minit. Namun, satu je yang Dina suka. Pemandangannya cantik. Penuh dengan rumput yang menghijau dan pokok-pokok yang rendang di tepi jalan. Mewujudkan suasana segar dan nyaman. Sesekali Dina menghirup lama udara di situ tanda menikmati anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Dina kembali berjalan cepat apabila teringat yang dia perlu mendapatkan buku itu dengan kadar segera.
Setibanya di perpustakaan.
            “ Sorry for disturbing. Can I borrow a book here named ‘Management for Environment’ please.” Laju Dina bertutur dalam bahasa Inggeris.
            “I’ll find it for you. Can you please wait for a moment Miss….?”
            “Irdina. Hannah Irdina.” Dina menguntum senyuman sambil melabuhkan punggung di atas kerusi depan kaunter. Seketika Dina ralit memerhati gelagat manusia yang ke hulu ke hilir mencari buku. Tak kurang juga yang asyik sibuk menelaah di satu sudut dan mungkin juga sudah tenggelam dalam dunia bacaan mereka. Sedang asyik mengelamun, Dina dipanggil oleh pustakawan yang berambut perang dan memakai kaca mata itu.
“ I am so sorry Miss Dina. The book that you looked for had been borrowed by a male student yesterday. That is the last book in this library. Sorry.” Wanita itu menggeleng kepala seraya menunjukkan wajah simpati.
“Oh I see. Can I know who is the person?” Dina memujuk.
“His name is Faiq Dayyan. You can find him in Engineering Faculty.”
“Okay then. Thanks for that.” Dina kemudian berlalu pergi.

*bersambung :)

No comments:

Post a Comment