Tuesday, 23 April 2013

dugaan serta ujian. melemahkan jiwa manusia

salam.
nak kongsi sedikit.
kami mungkin kehilangan rumah x lama lagi.
tunggakan beribu
mana nak cari duit?
siapa yg nak tlg kami?
bila fikir balik, xde siapa sanggup nk tlg.
bukan sikit, 60k?
maaf kalau kamu rasa aku menagih simpati.
namun, ini masa depan kami
adik2 aku masih sekolah
aku xmampu nak buat pape
kalau lah aku jumpa lombong emas
korang,
doakan kami dapat rumah ni balik
doakan kami akan jadi keluarga yg bahagia macam org lain.
sekian

Wednesday, 17 April 2013

terengganu, part2


Assalamualaikum semua.

Lama rasanya saya tak berblog kan?

I busy la uolls…. Exam lagi, assignment lagi. So, kerja menulis kat blog pun terbengkalai.

Haish. Aku pun dah lupa nak tulis apa. But anyhow, I’ll try my best *thumbs up*

So, trip yang kitorang pergi Terengganu tu memang best. Malam lepas gi pantai kejap tu, kitorang balik bilik.
Bersihkan diri dan sebagainya. masyaAllah. Gelak macam orang sakai tahu.
Tak tahu lah mereka ini aku nak describe cenggana. Dah rupa macam tertelan gas ketawa.
Asyik ketawakan aku. Aku buat apa pun tak tahu. Mungkin aku ni lawak sangat. Mungkin jugak mereka memang gila. Well, siapa lagi nak kawan dengan orang gila kalau bukan orang gila tu sendiri. Kah kah kah. Maknanya aku pun turut gila sekali.

The next day, we olls pergi kat jabatan perancangan Bandar dan desa. Huh! Best. But I meniduri diri sendiri sepanjang ia berlangsung. Entah ubat tidur cap apa aku telan sampai mata dah terlalu berat. Sumpah berat. Salahkan ubat itu. I pelajar baik tau. Kah kah kah. Gila!

Then, we all balik ke tempat penginapan dan rehat sekejap before keluar lagi petang itu untuk mencari makanan malam. Perut memang selalu diisi. Memanglah. Hidup ni memang untuk makan. :P
So, we olls pergi makan kat kedai yang berdekatan untuk makan2. First time wa try sup belut. Tengs to etong sebab paksa aku makan. Tapi, aku hirup sup je. Demi tidak menghampakan niat etong yang suci bersih. Macam biasa macam2 gelagat makan kat kedai itu. Then, our photographer, mr.rajan melilau mencari spot utk snap picture. Klik! Klik! Penat tahan nafas nak amek gambar. Hahahaha

Esoknya, kami bertolak ke muzium negeri yang agak besar kawasannya. Depan gate pun dah beratus gambar kitorang snap. Nak masuk dalam entah berapa gulung Kodak habis agaknya. Hihihi… tengah khusyuk melihat artifak2 warisan yang sangat kaya dengan seni dan nilai, kami (yan,param,mirul,aku, furn) dipelawa untuk berjalan2 sambil ditemani abg muzium. Hahaha. So, ikut jelah. Penat woo. Mana lah aku nak tahu muzium ni besar cenggini. Sumpah best. Thanks to abg muzium. J

Lepas itu, bas bergerak ke masjid Kristal. Bergambar sakan budak2 ni. Sedih jugak tengok masjid ni yang tersergam indah tapi tiada yang mengimarahkan. Dulu pernah jadi isu panas sebab masjid ni kononnya untuk pameran sahaja. Maka apa tujuan dibina kalau bukan untuk kemudahan umat Islam menunaikan solat dan mengimarahkannya? Kemudian, dibenarkan juga untuk tujuan solat. Dunia akhir zaman. Masjid dibina merata-rata tetapi tiada yang mengimarahkan. Nauzubillah. Moga dijauhkan. Kemudian, setelah penat, kami dibawa ke pasar payang.

Bershopping! Yeay. Mana2 perempuan pun akan suka nak shopping. Tipu lah kalau tak. Nafsu kak. Haish! Cuma ada yang tahu kawal. Dan ada juga biar diri dihanyut nafsu. Nak ikut nafsu, memang satu pasar tu aku nak beli. Tapi tersekat. Duit nipis bhai. Ni lah salah satu benda yang kita boleh buat kalau terasa nak shopping lebih2. Abang2 yang bawak akak2 pergi shopping. Pastikan bawak duit ala kadar je. Pastu, tinggalkan apa je kaitan dengan duit. Contoh, kad kredit, bank card and seumpamanya. Kalau akak kata, abang, nak tu. Bukak dompet tunjuk, abang tak bawak duit banyak la yang. Sumpah tak beli dah. Kah kah kah. Oi oiii oiii macam kelakar sgt je. Hahaha

*mace2 ado tahu dok?* iklan kejap. Hehehe.

So, the trip don’t ends there. No no no. malam itu, kami adakan bbq. Bakar ayam tepi pantai. Makan ayam panas2 bersama air bikarbonat. Sambil menikmati suasana malam di tepi pantai. Wallah! Nikmat dunia.  Tidak kurang juga yang bergambar untuk agensi instagram. Juga cuba-cuba testing suara bermain gitar. Mungkin mahu mencuba audition untuk bintang mencari bintang. Ada juga yang menganyam ketupat walaupun musim raya belum tiba. Esoknya, kami bertolak balik. Berhenti sekejap di bukit merah. Beli bantal, bear, kacang kohkae dan sebagainya. Ketiduran. Keletihan. Penat tahu?

Setakat itu sahaja. Namun, pujian dilontarkan kepada kami. Sentiasa bersama dan menjaga antara satu sama lain. Thumbs up kengkawan. Setiap gelagat, perbualan, walaupun aku tak ingat namun aku tahu semua itu adalah kenangan yang tak mungkin aku lupakan.
Salam. J

sikap manusia


Salam bloggers sekalian.
Hujan hari ni. Bosan nye lahai duk rumah. Bukan x suka. Bosan.
Lain tahu? –‘.’-
Tiba-tiba teringat tentang perangai manusia. Yelah. Tak pernah nak puas dengan hidup sendiri.
Sebab tu, Islam menganjurkan kita redha. Tapi bukanlah sampai tak nak berusaha langsung.
Redha ni maknanya korang dah berusaha sehabis boleh dan tawakal. Kemudian, hasil lepas tu lah kita kena redha.
Setiap apa yang berlaku, yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin Allah nak kita berusaha lagi.
Kan? So, manusia. Hurm. Aku juga manusia. Yang punya hati dan perasaan. Ya.
Tapi aku hairan dengan sikap manusia yang suka nak cakap besar dan bercakap macam dirinya lah yang paling hebat atas dunia semesta ni. Meluat tahu?
Geram sangat dengan orang macam ni. Macam dia je yang ada cerita, dan macam dia je yang punya kehebatan. Tak pernah nak mengaku kelemahan sendiri pulak tu. *sigh*
Bukan apa. Kita hidup ni bukan untuk diri sendiri. Kalau dia je yang ada cerita, dan anggap orang lain takde cerita, kenapa Tuhan nak wujudkan manusia lain. Manusia lain juga punya cerita, punya kisah dan mungkin lebih hebat dari dia. Well, kalau bicara itu perak, diam itu adalah emas. So, behave of your words and talks. It might hurt others without you notice it.
Lagipun, apa ada pada kehebatan kita? Kelemahan? Semuanya dari Tuhan. Allah yang bagi kehebatan tu. So, bila2 masa je Allah boleh tarik balik. Kenapa nak berbangga sangat? Pehliss laa manusia. C’mon. Kalau rasa nak bicara sangat tentang kehebatan kau dan orang lain tak boleh cakap pun and you don’t give them way to talk, pergilah cakap dengan dinding sorang2. For sure, the wall will never talk back. Silap2 dinding tu pun menyampah dengar kau cakap. Kalau lah dinding tu ada telinga.
So, listen when people talks, understand when they want to clarify on something and always be a good listener. Hubungan dengan Allah kita jaga. Dengan manusia pun kita jaga. Kan? Hablum minannas dan hablum minallah.
Guys, change the attitudes so that people around you will respect and love you to death. We gain respect when we respect others. It always what you give you get back. Alright?
Sehingga ketemu lagi. Salam xoxo.