Wednesday, 17 April 2013

terengganu, part2


Assalamualaikum semua.

Lama rasanya saya tak berblog kan?

I busy la uolls…. Exam lagi, assignment lagi. So, kerja menulis kat blog pun terbengkalai.

Haish. Aku pun dah lupa nak tulis apa. But anyhow, I’ll try my best *thumbs up*

So, trip yang kitorang pergi Terengganu tu memang best. Malam lepas gi pantai kejap tu, kitorang balik bilik.
Bersihkan diri dan sebagainya. masyaAllah. Gelak macam orang sakai tahu.
Tak tahu lah mereka ini aku nak describe cenggana. Dah rupa macam tertelan gas ketawa.
Asyik ketawakan aku. Aku buat apa pun tak tahu. Mungkin aku ni lawak sangat. Mungkin jugak mereka memang gila. Well, siapa lagi nak kawan dengan orang gila kalau bukan orang gila tu sendiri. Kah kah kah. Maknanya aku pun turut gila sekali.

The next day, we olls pergi kat jabatan perancangan Bandar dan desa. Huh! Best. But I meniduri diri sendiri sepanjang ia berlangsung. Entah ubat tidur cap apa aku telan sampai mata dah terlalu berat. Sumpah berat. Salahkan ubat itu. I pelajar baik tau. Kah kah kah. Gila!

Then, we all balik ke tempat penginapan dan rehat sekejap before keluar lagi petang itu untuk mencari makanan malam. Perut memang selalu diisi. Memanglah. Hidup ni memang untuk makan. :P
So, we olls pergi makan kat kedai yang berdekatan untuk makan2. First time wa try sup belut. Tengs to etong sebab paksa aku makan. Tapi, aku hirup sup je. Demi tidak menghampakan niat etong yang suci bersih. Macam biasa macam2 gelagat makan kat kedai itu. Then, our photographer, mr.rajan melilau mencari spot utk snap picture. Klik! Klik! Penat tahan nafas nak amek gambar. Hahahaha

Esoknya, kami bertolak ke muzium negeri yang agak besar kawasannya. Depan gate pun dah beratus gambar kitorang snap. Nak masuk dalam entah berapa gulung Kodak habis agaknya. Hihihi… tengah khusyuk melihat artifak2 warisan yang sangat kaya dengan seni dan nilai, kami (yan,param,mirul,aku, furn) dipelawa untuk berjalan2 sambil ditemani abg muzium. Hahaha. So, ikut jelah. Penat woo. Mana lah aku nak tahu muzium ni besar cenggini. Sumpah best. Thanks to abg muzium. J

Lepas itu, bas bergerak ke masjid Kristal. Bergambar sakan budak2 ni. Sedih jugak tengok masjid ni yang tersergam indah tapi tiada yang mengimarahkan. Dulu pernah jadi isu panas sebab masjid ni kononnya untuk pameran sahaja. Maka apa tujuan dibina kalau bukan untuk kemudahan umat Islam menunaikan solat dan mengimarahkannya? Kemudian, dibenarkan juga untuk tujuan solat. Dunia akhir zaman. Masjid dibina merata-rata tetapi tiada yang mengimarahkan. Nauzubillah. Moga dijauhkan. Kemudian, setelah penat, kami dibawa ke pasar payang.

Bershopping! Yeay. Mana2 perempuan pun akan suka nak shopping. Tipu lah kalau tak. Nafsu kak. Haish! Cuma ada yang tahu kawal. Dan ada juga biar diri dihanyut nafsu. Nak ikut nafsu, memang satu pasar tu aku nak beli. Tapi tersekat. Duit nipis bhai. Ni lah salah satu benda yang kita boleh buat kalau terasa nak shopping lebih2. Abang2 yang bawak akak2 pergi shopping. Pastikan bawak duit ala kadar je. Pastu, tinggalkan apa je kaitan dengan duit. Contoh, kad kredit, bank card and seumpamanya. Kalau akak kata, abang, nak tu. Bukak dompet tunjuk, abang tak bawak duit banyak la yang. Sumpah tak beli dah. Kah kah kah. Oi oiii oiii macam kelakar sgt je. Hahaha

*mace2 ado tahu dok?* iklan kejap. Hehehe.

So, the trip don’t ends there. No no no. malam itu, kami adakan bbq. Bakar ayam tepi pantai. Makan ayam panas2 bersama air bikarbonat. Sambil menikmati suasana malam di tepi pantai. Wallah! Nikmat dunia.  Tidak kurang juga yang bergambar untuk agensi instagram. Juga cuba-cuba testing suara bermain gitar. Mungkin mahu mencuba audition untuk bintang mencari bintang. Ada juga yang menganyam ketupat walaupun musim raya belum tiba. Esoknya, kami bertolak balik. Berhenti sekejap di bukit merah. Beli bantal, bear, kacang kohkae dan sebagainya. Ketiduran. Keletihan. Penat tahu?

Setakat itu sahaja. Namun, pujian dilontarkan kepada kami. Sentiasa bersama dan menjaga antara satu sama lain. Thumbs up kengkawan. Setiap gelagat, perbualan, walaupun aku tak ingat namun aku tahu semua itu adalah kenangan yang tak mungkin aku lupakan.
Salam. J

No comments:

Post a Comment