Wednesday, 30 January 2013

field trip to terengganu~

assalamualaikum... ehem ehem.... sedikit keletihan.. tapi gagahkan diri nak siapkan jugak post kali nii.. hihi

empat hari yang sangat memenatkan dan sangat menyeronokkan.. well, sumpah best. tak tahu nak describe cenggana. haha.

1st day....
went to terengganu at 8 o'clock. masuk je bas terus tidur. bangun masa nak turun kencing je. aduhaii pening2 lalat pulak.. maklumlah jalan ke grik ni agak bersimpang siur. siapa yang pernah travel jalan ni mesti tau betapa azabnya nak habiskan laluan ibarat roller coaster semualajadi tanpa dikenakan bayaran ni. nasib baik diorang ni nyanyi2 gelak kuat2, hiang sikit rasa pening. then, sampai terengganu. sesat cari tempat penginapan... at last jumpa gak. dapat je kunci bilik, terus naik ke dorm cari bilik paling best ala2 guest room gitu. walaupun aircond xde still ventilation angin yang boleh dibanggakan. siap diorang dengki2 tanya apasal bilik korang sejuk eh? apa lagi, buat hidung kembang2 then buat2 sibuk.... haha... malam uh pergi makan then merengek mintak nak pergi pantai. sir rajan ngan en.din akhirnya memberikan green light tanda setuju.. malam tu ditemani cahaya lampu yang sangat romantik, kami bergerak ke pantai. masing2 senyap memerhatikan keindahan pantai waktu malam. lagi2 bulan tengah mengambang. cantik sangat. keletihan siang tadi bagai hilang dibawa angin malam.

huarghhhhh~ ngantuk lahh.. nanti aku sambung balik kayy?
daa.. xoxo

Thursday, 17 January 2013

bila poket kosong minta diisi...

hey guys!
jap.. ehem assalamualaikum.. :) beradab la sikit.. hihihi
whats wrong dengan tajuk kat atas nun? come on guys.. takkan tak pernah rasa masa-masa genting takde duit.. unless kau memang lahir tu disuap ngan sudu emas.. tu lain cerita la..

*orang kaya dilarang baca entry ni.. amaran! HAHA

well, its not something that we can avoid or something that we can plan to happen right? everyone has their own space and what kind of things diorang nak belanja dalam kehidupan seharian.. aku pernah rasa keadaan macam ni.. boleh kata almost the time.. but, MIRACLE keeps happen and happen.. kadang2 aku perasan dan kadang2 aku tak perasan...

let the story begin.. jeng jeng jeng!
on one fine day, aku memang takde duit sesangat.. duit bantuan kerajaan yang bulan2 tu pun dah takde.. kira suam-suam kuku, tak tak, suam-suam air suam.. :D
so, nak dijadikan cerita, tiba2 datang hamba Allah pegang tangan aku dan cakap,
'here, some money from zakat. my father gave it to you.."
serius rasa nak nangis time tu.. ya Allah betapa rezeki-Mu ada di mana2... see?



ada lagi... mase semester dua, laptop aku rosak teruk.. skrin takleh nak on... *pffttt..

peringatan : jangan beli barang 2nd hand. merana bro, kakak2 sekalian...

dan terpaksa gunakan duit dalam rm300 lebih untuk repair benda alah tu. duit dalam bank dah tinggal sikit. macam mana nak survive sampai at the end of the semester... memang rasa down gila-gila.. makan pun tak lalu.... the next day, guess what, my lil bro texted me ans said, " kakak, surat zakat negeri baru sampai. dapat rm1700..." ketar-ketar tangan baca mesej tu... and once again air mata aku tumpah.. betapa aku bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah bagi ni... alhamdulillah :'). banyak lagi cerita, tapi cukuplah uda tu untuk aku kongsi okayyy?

so, guys the conclusion is, never lose hope and always have faith... pertolongan Allah tu seringkali datang pada saat yang tepat dan bukan datang pada waktu yang kita pinta... pray for the best.. pegang dan hayatilah al-quran.. pedoman dunia dan akhirat....




hidup mencari mardhatillah.. insyaAllah
till then.. xoxo

Wednesday, 16 January 2013

Checking my body mass index!




Phew! Terkejut bila tahu hal sebenar. Habis exam hari ni aku gi bilik sebelah. Ingatkan nak online, tiba2 Gento bukak table nak suruh check bmi and berat tulang and lemak punya komposisi dan sebagainya. What? Rasa macam nak buat, tapi malulah. Tapi aku nak tahu jugak badan aku macam mana. So, at the end, aku decide nak buat jugak apa yang dia duk suruh budak2 ni timbang.
Then, wallah! OMG! Teruk betul aku punya badan. Lemak banyak. But somehow baru aku tahu yang metabolism aku tinggi. Hoh! Thanks lah Gento. Jasamu dikenang!
Okay, mula2 memang aku dah niat nak turunkan berat badan since aku dah torture badan aku sampai jadi cenggini. Yelah. Siapa lagi penyebab kalau bukan diri sendiri..

Aku just nak sihat dan boleh hidup lama macam orang lain. Macam mak aku cakap, kalau aku tak hati2 dari sekarang, aku mungkin dapat penyakit keturunan “KENCING MANIS” dalam masa yang singkat. At least aku boleh prolong jangka masa untuk aku dapat penyakit tu. Guys, jangan jadi macam aku okay? Ni sebab tak pernah kisah pasal diri sendiri. Bila makan tu melantak je apa yang nak. Macam ni lah jadinya.
So, at the end, aku akan usaha untuk minum air sebanyak 4liter sehari.. banyak tu weh.. mau termuntah aku minum air. And kena jugak berhenti, I mean really really STOP minum air manis. Ahhhhhh!!! Susah ah cenggini.. aku dah start jogging time weekend. And maybe I will try to walk every evening sekitar kawasan university aku yang luas gila ni. Dah janji ngan Gento nak check balik selepas sebulan bila aku dah amalkan semua ni. insyaAllah, aku dapat lah kurangkan sikit tahap lemak aku ni… *sigh



U have to do it. For the sake of your own health and your body… aku akan usaha jugak okay? Guys, please do pray for me… need your doa and strength.. aku tak rasa aku mampu.. hurm~~~~
But, I will try my best..
Till then . xoxo <3

Thursday, 10 January 2013

hari ini punya cerita

hello guys,... whats up?
guess what? gelombang test doe minggu ni ngan minggu depan..
stress aku.. hurm.. aku tak study.. biasa2 je.. tu yang blank bila jawab.. entah lah..
geram pulak rasa ngan diri sediri
kenapa la aku xleh nak fokus study ni?
macam ada something wrong je... haish
aku ingat aku stress sangat kot sebab lecturer bagi aku target 4.0...
empat rata tu kengkawan oii?
mahunya aku tak stress.. huh!
Ya Allah, berilah aku kekuatan biar semua ni boleh aku hadapi dengan tenang dan senang...
ermm... doakan aku ye?

.takut. *_*

Wednesday, 2 January 2013

cerpen : bahagian 1


Tatkala hujan sedang turun rintik-rintik membasahi bumi Allah yag luas ini, telefon bimbit blackberry bold Dina berbunyi. Beep. Beep.
            “hello, assalamualaikum. Siapa ni?”
            “wassaalam. Ni Faiq. Ingat lagi tak?” Dayyan Faiq berbasa-basi
            “Faiq mana eh? Sorry. Awak salah nombor kot.”
            “Eh, tak tak. Saya yang awak pinjam buku hari tu? Ingat lagi?”
“Oh, awak ke? Sorry. Saya ni pelupa sikit.” Dina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“It’s okay. Saya saja telefon nak tanya khabar awak. Takpe lah. Saya nak kena pergi kuliah dah ni. Nanti saya call awak lagi. By the way, I am looking forward to you Miss Dina..” tut tut. Talian diputuskan. Apa lah yang mamat ni nak? Tak habis-habis lagi ke insiden hari tu. Heish! Saja nak kenakan aku gamaknya. Dah la nombor aku pun tak tahu dia dapat kat mana. Nak kata dapat kat kawan-kawan, aku mana ada ramai kawan kat sini. Rose jelah yang ada. Nama pun dia tahu. Tak boleh jadi ni. Takpe. Kalau dia nak main, aku akan pastikan aku lah pemenangnya.
Alamak! Matilah aku kali ni. Buku kat perpustakaan tak ambil lagi. Macam mana nak buat tugasan Miss Linnet ni. Nanti kena soal depan dewan kuliah malu aku. Dah la pelajar Melayu sikit. Memalukan nanti. Dina bergegas ke perpustakaan yang terletak 2km dari kelas tutornya. Kawasan universiti ni memang luas. Jarak antara fakulti ke fakulti pun dah ambil masa 15minit. Namun, satu je yang Dina suka. Pemandangannya cantik. Penuh dengan rumput yang menghijau dan pokok-pokok yang rendang di tepi jalan. Mewujudkan suasana segar dan nyaman. Sesekali Dina menghirup lama udara di situ tanda menikmati anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Dina kembali berjalan cepat apabila teringat yang dia perlu mendapatkan buku itu dengan kadar segera.
Setibanya di perpustakaan.
            “ Sorry for disturbing. Can I borrow a book here named ‘Management for Environment’ please.” Laju Dina bertutur dalam bahasa Inggeris.
            “I’ll find it for you. Can you please wait for a moment Miss….?”
            “Irdina. Hannah Irdina.” Dina menguntum senyuman sambil melabuhkan punggung di atas kerusi depan kaunter. Seketika Dina ralit memerhati gelagat manusia yang ke hulu ke hilir mencari buku. Tak kurang juga yang asyik sibuk menelaah di satu sudut dan mungkin juga sudah tenggelam dalam dunia bacaan mereka. Sedang asyik mengelamun, Dina dipanggil oleh pustakawan yang berambut perang dan memakai kaca mata itu.
“ I am so sorry Miss Dina. The book that you looked for had been borrowed by a male student yesterday. That is the last book in this library. Sorry.” Wanita itu menggeleng kepala seraya menunjukkan wajah simpati.
“Oh I see. Can I know who is the person?” Dina memujuk.
“His name is Faiq Dayyan. You can find him in Engineering Faculty.”
“Okay then. Thanks for that.” Dina kemudian berlalu pergi.

*bersambung :)

menggedik nak lelawakan blog!

anhyeong haseyo!

lawa tak lawa tak? haha.. biasa je sebenarnya.. tapi dah cukup nak buat aku senyum tengok.. rasa macam.. wah.. nice nya blog aku.. comelnye.. alalala suwit sangat.. hehe.. haa, mulai sekarang, aku nak start bagi kengkorang baca cerpen yang aku buat.. kalau lambat hupdate tu maaf lah ye. sebab aku takde internet broadband bagai.. kawan aku yang bagi pinjam. but i'll promise to do my best...

so, till next time sayangs2 semua... <3