Monday, 14 July 2014

hai dan assalamualaikum

sihat ke bulan puasa ni? harap harap semua sihat. lately ni banyak benda jadi dan yes aku berjaya harungi walaupun dalam kepayahan.

cuma, there is something that bothering me much. entah lah. di saat semua orang kata hubungan ni takkan ke mana aku masih letakkan kepercayaan bahawa ia akan berhasil jugak suatu hari nanti. cuma nak kena sabar dan usaha lebih sikit.

kadang kadang aku rasa macam aku sorang je yang usaha nak kekalkan hubungan ni. dia macam kisah tak kisah. tapi aku tak bagitahu sebab takut dia kecik hati. even kalau dia care sangat sampai nak tamatkan hubungan ni dengan ikatan perkahwinan aku rasa aku tak sedia lagi. haha. so biar je dia macam tu.

aku tak henti berdoa dan doa. walaupun dalam hati ni ada terselit bahawa hubungan ni mustahil akan pergi lebih jauh. there are so much obstacles and challenge.

huarghhhh nak nagis nye rasa. dari awal lagi it is something strange how we can fall in love with each other. mulanya konon taknak letak apa apa harapan dan anggap bercinta tak semestinya akhir dengan nikah. tu pemikiran masa tu lah. tapi aku dan dia silap. bila dah terlajak jauh sayang ni, kalau tak letak harapan tu bukan manusia lah namanya. dan sekarang dua dua tak sanggup kehilangan. kan dah parah?

sepatutnya bila macam tu dari awal lagi dah stop diri daripada jatuh cinta. tapi apa boleh buat. satu perkara yang semua orang kena tahu rasa sayang ni anugerah dari Dia. siapa pun tak boleh tolak kalau tiba tiba Allah nak hadirkan rasa sayang walaupun masa tu kau tak bersedia dengan siapa dan bagaimana caranya korang boleh terasa sayang.

aneh kab? ye aneh. semoga ada sinar yang menanti kami nanti.

ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku ya Allah. may this love story will end beautifully. amiin.

Tuesday, 4 March 2014

today's story

assalamualaikum semua.

what a hectic month i have. uish. speaking bhai. ni tengah sibuk buat report final untuk semester 6. sebulan je lagi nak habis practical. hmmmm

sedih lah weh. aku dah la ada banyak benda nak tinggal kat sini. tak sanggup rasa nak tinggalkan apa yang kami dapat sepanjang kat sini. abang, abah, mama, umi, en.din, semua lah. mula2 masa praktikal memang doa hari2 nak habis cepat. selalu fikir bila la nak bulan 3. cepat la habis cepat la habis.

but then, aku yang menggeletis tak nak habis bila waktu hampir ke akhirnya. ahh, sedih siot. aku ni jenis yang susah sikit nak lepas satu2 benda. cuba bayang eh, member2 sekolah tadika aku dulu pun aku still ingat momen yang hari2 kitorang buat. main apa, makan apa. ni kan pulak yang baru je nak habis ni. yang tadika tu, dah berapa tahun tinggal. sekarang 21 tolak umur 5-6 tahun, dah 15 tahun. tapi still ingat.

ya, aku jenis yang simpan semua memori yang aku pernah lalui. sebab aku sayang memori aku. tak tahu;ah kalau sampai masa nak hilang ingatan kan? tapi, nauzubillah jadi. macam mana aku nak sesuaikan diri lepas ni untuk tak fikir pasal praktikal life lagi? bother me much. nak kena sesuaikan diri dengan keadaan baru lagi. sooner or later, aku akan biasakan diri. semuanya perlukan masa.

yeah, yang penting aku akan rindu abang sangat2. aih. lain macam bunyinya... ahh, lantak hang lah. rancangannya, lepas praktikal nak kerja kat Ipoh dengan fana. kerja kamdar. basic dlm 900++... okay lah. boleh tampung adik2 aku dulu sebelum aku dapat kerja tetap.

semoga, Allah mudahkan jalan untuk aku tolong family aku. memang takkan terbalas jasanya, tapi sekurang2nya aku nak cuba. tak salah kan?

nak jadi pelangi boleh?
bye

Wednesday, 29 January 2014

orang buat taik balas la bunga

ehem.
assalamualaikum.
lama aku tak menulis kan? so many stories and so many things happen in my life. dari yang kecik sampai lah ke sebesar-besar perkara.

awal dulu, aku suka sorang mamat ni. entah macam mana la boleh berkenan. tetibe kawan gua cantas. seronok kan member sendiri cantas? memula aku tanya. kau suka dia ke? dia cakap, xdelah. aku nak kawan je. so aku bagi chance. kawan la kan kalau nak kawan. dah pulak sekarang jadi pakwe. apa aku rasa? apa korang rasa? ada orang cakap kalau aku nangis sebab dia, maknanya aku cintakan dia. tapi go to hell lah dengan laki tu. not worth it pun. kejar yang lawa je. taik betul. haa kan dah mencarut?

dulu kau kata kau tak suka laki lagi tua. xnak kapel lah ape lah. sekarang kau yang kapel ngan dia. wei dah ludah pun boleh jilat balik ke. seronok betul aku tengok perangai manusia ni. macam macam.

ah well. aku dah go on. lantak diorang lah nak buat apa pun. aku malas nak kisah dah. because i have my love now. hee. he is so caring and and and.... ook dah. tu je entry pasal dia. love u.

till then olls.

Tuesday, 23 April 2013

dugaan serta ujian. melemahkan jiwa manusia

salam.
nak kongsi sedikit.
kami mungkin kehilangan rumah x lama lagi.
tunggakan beribu
mana nak cari duit?
siapa yg nak tlg kami?
bila fikir balik, xde siapa sanggup nk tlg.
bukan sikit, 60k?
maaf kalau kamu rasa aku menagih simpati.
namun, ini masa depan kami
adik2 aku masih sekolah
aku xmampu nak buat pape
kalau lah aku jumpa lombong emas
korang,
doakan kami dapat rumah ni balik
doakan kami akan jadi keluarga yg bahagia macam org lain.
sekian

Wednesday, 17 April 2013

terengganu, part2


Assalamualaikum semua.

Lama rasanya saya tak berblog kan?

I busy la uolls…. Exam lagi, assignment lagi. So, kerja menulis kat blog pun terbengkalai.

Haish. Aku pun dah lupa nak tulis apa. But anyhow, I’ll try my best *thumbs up*

So, trip yang kitorang pergi Terengganu tu memang best. Malam lepas gi pantai kejap tu, kitorang balik bilik.
Bersihkan diri dan sebagainya. masyaAllah. Gelak macam orang sakai tahu.
Tak tahu lah mereka ini aku nak describe cenggana. Dah rupa macam tertelan gas ketawa.
Asyik ketawakan aku. Aku buat apa pun tak tahu. Mungkin aku ni lawak sangat. Mungkin jugak mereka memang gila. Well, siapa lagi nak kawan dengan orang gila kalau bukan orang gila tu sendiri. Kah kah kah. Maknanya aku pun turut gila sekali.

The next day, we olls pergi kat jabatan perancangan Bandar dan desa. Huh! Best. But I meniduri diri sendiri sepanjang ia berlangsung. Entah ubat tidur cap apa aku telan sampai mata dah terlalu berat. Sumpah berat. Salahkan ubat itu. I pelajar baik tau. Kah kah kah. Gila!

Then, we all balik ke tempat penginapan dan rehat sekejap before keluar lagi petang itu untuk mencari makanan malam. Perut memang selalu diisi. Memanglah. Hidup ni memang untuk makan. :P
So, we olls pergi makan kat kedai yang berdekatan untuk makan2. First time wa try sup belut. Tengs to etong sebab paksa aku makan. Tapi, aku hirup sup je. Demi tidak menghampakan niat etong yang suci bersih. Macam biasa macam2 gelagat makan kat kedai itu. Then, our photographer, mr.rajan melilau mencari spot utk snap picture. Klik! Klik! Penat tahan nafas nak amek gambar. Hahahaha

Esoknya, kami bertolak ke muzium negeri yang agak besar kawasannya. Depan gate pun dah beratus gambar kitorang snap. Nak masuk dalam entah berapa gulung Kodak habis agaknya. Hihihi… tengah khusyuk melihat artifak2 warisan yang sangat kaya dengan seni dan nilai, kami (yan,param,mirul,aku, furn) dipelawa untuk berjalan2 sambil ditemani abg muzium. Hahaha. So, ikut jelah. Penat woo. Mana lah aku nak tahu muzium ni besar cenggini. Sumpah best. Thanks to abg muzium. J

Lepas itu, bas bergerak ke masjid Kristal. Bergambar sakan budak2 ni. Sedih jugak tengok masjid ni yang tersergam indah tapi tiada yang mengimarahkan. Dulu pernah jadi isu panas sebab masjid ni kononnya untuk pameran sahaja. Maka apa tujuan dibina kalau bukan untuk kemudahan umat Islam menunaikan solat dan mengimarahkannya? Kemudian, dibenarkan juga untuk tujuan solat. Dunia akhir zaman. Masjid dibina merata-rata tetapi tiada yang mengimarahkan. Nauzubillah. Moga dijauhkan. Kemudian, setelah penat, kami dibawa ke pasar payang.

Bershopping! Yeay. Mana2 perempuan pun akan suka nak shopping. Tipu lah kalau tak. Nafsu kak. Haish! Cuma ada yang tahu kawal. Dan ada juga biar diri dihanyut nafsu. Nak ikut nafsu, memang satu pasar tu aku nak beli. Tapi tersekat. Duit nipis bhai. Ni lah salah satu benda yang kita boleh buat kalau terasa nak shopping lebih2. Abang2 yang bawak akak2 pergi shopping. Pastikan bawak duit ala kadar je. Pastu, tinggalkan apa je kaitan dengan duit. Contoh, kad kredit, bank card and seumpamanya. Kalau akak kata, abang, nak tu. Bukak dompet tunjuk, abang tak bawak duit banyak la yang. Sumpah tak beli dah. Kah kah kah. Oi oiii oiii macam kelakar sgt je. Hahaha

*mace2 ado tahu dok?* iklan kejap. Hehehe.

So, the trip don’t ends there. No no no. malam itu, kami adakan bbq. Bakar ayam tepi pantai. Makan ayam panas2 bersama air bikarbonat. Sambil menikmati suasana malam di tepi pantai. Wallah! Nikmat dunia.  Tidak kurang juga yang bergambar untuk agensi instagram. Juga cuba-cuba testing suara bermain gitar. Mungkin mahu mencuba audition untuk bintang mencari bintang. Ada juga yang menganyam ketupat walaupun musim raya belum tiba. Esoknya, kami bertolak balik. Berhenti sekejap di bukit merah. Beli bantal, bear, kacang kohkae dan sebagainya. Ketiduran. Keletihan. Penat tahu?

Setakat itu sahaja. Namun, pujian dilontarkan kepada kami. Sentiasa bersama dan menjaga antara satu sama lain. Thumbs up kengkawan. Setiap gelagat, perbualan, walaupun aku tak ingat namun aku tahu semua itu adalah kenangan yang tak mungkin aku lupakan.
Salam. J

sikap manusia


Salam bloggers sekalian.
Hujan hari ni. Bosan nye lahai duk rumah. Bukan x suka. Bosan.
Lain tahu? –‘.’-
Tiba-tiba teringat tentang perangai manusia. Yelah. Tak pernah nak puas dengan hidup sendiri.
Sebab tu, Islam menganjurkan kita redha. Tapi bukanlah sampai tak nak berusaha langsung.
Redha ni maknanya korang dah berusaha sehabis boleh dan tawakal. Kemudian, hasil lepas tu lah kita kena redha.
Setiap apa yang berlaku, yang terjadi ada hikmahnya. Mungkin Allah nak kita berusaha lagi.
Kan? So, manusia. Hurm. Aku juga manusia. Yang punya hati dan perasaan. Ya.
Tapi aku hairan dengan sikap manusia yang suka nak cakap besar dan bercakap macam dirinya lah yang paling hebat atas dunia semesta ni. Meluat tahu?
Geram sangat dengan orang macam ni. Macam dia je yang ada cerita, dan macam dia je yang punya kehebatan. Tak pernah nak mengaku kelemahan sendiri pulak tu. *sigh*
Bukan apa. Kita hidup ni bukan untuk diri sendiri. Kalau dia je yang ada cerita, dan anggap orang lain takde cerita, kenapa Tuhan nak wujudkan manusia lain. Manusia lain juga punya cerita, punya kisah dan mungkin lebih hebat dari dia. Well, kalau bicara itu perak, diam itu adalah emas. So, behave of your words and talks. It might hurt others without you notice it.
Lagipun, apa ada pada kehebatan kita? Kelemahan? Semuanya dari Tuhan. Allah yang bagi kehebatan tu. So, bila2 masa je Allah boleh tarik balik. Kenapa nak berbangga sangat? Pehliss laa manusia. C’mon. Kalau rasa nak bicara sangat tentang kehebatan kau dan orang lain tak boleh cakap pun and you don’t give them way to talk, pergilah cakap dengan dinding sorang2. For sure, the wall will never talk back. Silap2 dinding tu pun menyampah dengar kau cakap. Kalau lah dinding tu ada telinga.
So, listen when people talks, understand when they want to clarify on something and always be a good listener. Hubungan dengan Allah kita jaga. Dengan manusia pun kita jaga. Kan? Hablum minannas dan hablum minallah.
Guys, change the attitudes so that people around you will respect and love you to death. We gain respect when we respect others. It always what you give you get back. Alright?
Sehingga ketemu lagi. Salam xoxo.

Friday, 22 February 2013



assalamualaikum!
sedikit perkongsian. dari hati ke hati.

cemburu tu tanda aku masih normal dan punya perasaan sebagai manusia yang masih waras dan berakal
 masih banyak urusan yang aku perlu selesaikan sebelum fikir untuk diri sendiri
 masih ada yg perlukan kudrat aku
doakan aku kuat

:')



semoga lebih tabah hendaknya
walaupun aku mungkin jatuh bila2 masa.
cuma aku masih ada Tuhan yg menyayangi
cuba menjadi yang terbaik
even bukan untuk diri sendiri
banyak masalah


bertimbun2
cuma aku tak menyibukkan diri untuk fikir
beban tu sentiasa ada
cuba nak letak diri sendiri untuk jadi bahagia
walaupun duka sentiasa melingkari



mungkin
doakan untuk kekuatan aku
semoga aku tak terjatuh dengan ujian ni
sebaliknya cuba untuk bangun dan hadapi semuanya dengan tenang
insyaAllah





sekian~!


Wednesday, 30 January 2013

field trip to terengganu~

assalamualaikum... ehem ehem.... sedikit keletihan.. tapi gagahkan diri nak siapkan jugak post kali nii.. hihi

empat hari yang sangat memenatkan dan sangat menyeronokkan.. well, sumpah best. tak tahu nak describe cenggana. haha.

1st day....
went to terengganu at 8 o'clock. masuk je bas terus tidur. bangun masa nak turun kencing je. aduhaii pening2 lalat pulak.. maklumlah jalan ke grik ni agak bersimpang siur. siapa yang pernah travel jalan ni mesti tau betapa azabnya nak habiskan laluan ibarat roller coaster semualajadi tanpa dikenakan bayaran ni. nasib baik diorang ni nyanyi2 gelak kuat2, hiang sikit rasa pening. then, sampai terengganu. sesat cari tempat penginapan... at last jumpa gak. dapat je kunci bilik, terus naik ke dorm cari bilik paling best ala2 guest room gitu. walaupun aircond xde still ventilation angin yang boleh dibanggakan. siap diorang dengki2 tanya apasal bilik korang sejuk eh? apa lagi, buat hidung kembang2 then buat2 sibuk.... haha... malam uh pergi makan then merengek mintak nak pergi pantai. sir rajan ngan en.din akhirnya memberikan green light tanda setuju.. malam tu ditemani cahaya lampu yang sangat romantik, kami bergerak ke pantai. masing2 senyap memerhatikan keindahan pantai waktu malam. lagi2 bulan tengah mengambang. cantik sangat. keletihan siang tadi bagai hilang dibawa angin malam.

huarghhhhh~ ngantuk lahh.. nanti aku sambung balik kayy?
daa.. xoxo

Thursday, 17 January 2013

bila poket kosong minta diisi...

hey guys!
jap.. ehem assalamualaikum.. :) beradab la sikit.. hihihi
whats wrong dengan tajuk kat atas nun? come on guys.. takkan tak pernah rasa masa-masa genting takde duit.. unless kau memang lahir tu disuap ngan sudu emas.. tu lain cerita la..

*orang kaya dilarang baca entry ni.. amaran! HAHA

well, its not something that we can avoid or something that we can plan to happen right? everyone has their own space and what kind of things diorang nak belanja dalam kehidupan seharian.. aku pernah rasa keadaan macam ni.. boleh kata almost the time.. but, MIRACLE keeps happen and happen.. kadang2 aku perasan dan kadang2 aku tak perasan...

let the story begin.. jeng jeng jeng!
on one fine day, aku memang takde duit sesangat.. duit bantuan kerajaan yang bulan2 tu pun dah takde.. kira suam-suam kuku, tak tak, suam-suam air suam.. :D
so, nak dijadikan cerita, tiba2 datang hamba Allah pegang tangan aku dan cakap,
'here, some money from zakat. my father gave it to you.."
serius rasa nak nangis time tu.. ya Allah betapa rezeki-Mu ada di mana2... see?



ada lagi... mase semester dua, laptop aku rosak teruk.. skrin takleh nak on... *pffttt..

peringatan : jangan beli barang 2nd hand. merana bro, kakak2 sekalian...

dan terpaksa gunakan duit dalam rm300 lebih untuk repair benda alah tu. duit dalam bank dah tinggal sikit. macam mana nak survive sampai at the end of the semester... memang rasa down gila-gila.. makan pun tak lalu.... the next day, guess what, my lil bro texted me ans said, " kakak, surat zakat negeri baru sampai. dapat rm1700..." ketar-ketar tangan baca mesej tu... and once again air mata aku tumpah.. betapa aku bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah bagi ni... alhamdulillah :'). banyak lagi cerita, tapi cukuplah uda tu untuk aku kongsi okayyy?

so, guys the conclusion is, never lose hope and always have faith... pertolongan Allah tu seringkali datang pada saat yang tepat dan bukan datang pada waktu yang kita pinta... pray for the best.. pegang dan hayatilah al-quran.. pedoman dunia dan akhirat....




hidup mencari mardhatillah.. insyaAllah
till then.. xoxo

Wednesday, 16 January 2013

Checking my body mass index!




Phew! Terkejut bila tahu hal sebenar. Habis exam hari ni aku gi bilik sebelah. Ingatkan nak online, tiba2 Gento bukak table nak suruh check bmi and berat tulang and lemak punya komposisi dan sebagainya. What? Rasa macam nak buat, tapi malulah. Tapi aku nak tahu jugak badan aku macam mana. So, at the end, aku decide nak buat jugak apa yang dia duk suruh budak2 ni timbang.
Then, wallah! OMG! Teruk betul aku punya badan. Lemak banyak. But somehow baru aku tahu yang metabolism aku tinggi. Hoh! Thanks lah Gento. Jasamu dikenang!
Okay, mula2 memang aku dah niat nak turunkan berat badan since aku dah torture badan aku sampai jadi cenggini. Yelah. Siapa lagi penyebab kalau bukan diri sendiri..

Aku just nak sihat dan boleh hidup lama macam orang lain. Macam mak aku cakap, kalau aku tak hati2 dari sekarang, aku mungkin dapat penyakit keturunan “KENCING MANIS” dalam masa yang singkat. At least aku boleh prolong jangka masa untuk aku dapat penyakit tu. Guys, jangan jadi macam aku okay? Ni sebab tak pernah kisah pasal diri sendiri. Bila makan tu melantak je apa yang nak. Macam ni lah jadinya.
So, at the end, aku akan usaha untuk minum air sebanyak 4liter sehari.. banyak tu weh.. mau termuntah aku minum air. And kena jugak berhenti, I mean really really STOP minum air manis. Ahhhhhh!!! Susah ah cenggini.. aku dah start jogging time weekend. And maybe I will try to walk every evening sekitar kawasan university aku yang luas gila ni. Dah janji ngan Gento nak check balik selepas sebulan bila aku dah amalkan semua ni. insyaAllah, aku dapat lah kurangkan sikit tahap lemak aku ni… *sigh



U have to do it. For the sake of your own health and your body… aku akan usaha jugak okay? Guys, please do pray for me… need your doa and strength.. aku tak rasa aku mampu.. hurm~~~~
But, I will try my best..
Till then . xoxo <3

Thursday, 10 January 2013

hari ini punya cerita

hello guys,... whats up?
guess what? gelombang test doe minggu ni ngan minggu depan..
stress aku.. hurm.. aku tak study.. biasa2 je.. tu yang blank bila jawab.. entah lah..
geram pulak rasa ngan diri sediri
kenapa la aku xleh nak fokus study ni?
macam ada something wrong je... haish
aku ingat aku stress sangat kot sebab lecturer bagi aku target 4.0...
empat rata tu kengkawan oii?
mahunya aku tak stress.. huh!
Ya Allah, berilah aku kekuatan biar semua ni boleh aku hadapi dengan tenang dan senang...
ermm... doakan aku ye?

.takut. *_*

Wednesday, 2 January 2013

cerpen : bahagian 1


Tatkala hujan sedang turun rintik-rintik membasahi bumi Allah yag luas ini, telefon bimbit blackberry bold Dina berbunyi. Beep. Beep.
            “hello, assalamualaikum. Siapa ni?”
            “wassaalam. Ni Faiq. Ingat lagi tak?” Dayyan Faiq berbasa-basi
            “Faiq mana eh? Sorry. Awak salah nombor kot.”
            “Eh, tak tak. Saya yang awak pinjam buku hari tu? Ingat lagi?”
“Oh, awak ke? Sorry. Saya ni pelupa sikit.” Dina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“It’s okay. Saya saja telefon nak tanya khabar awak. Takpe lah. Saya nak kena pergi kuliah dah ni. Nanti saya call awak lagi. By the way, I am looking forward to you Miss Dina..” tut tut. Talian diputuskan. Apa lah yang mamat ni nak? Tak habis-habis lagi ke insiden hari tu. Heish! Saja nak kenakan aku gamaknya. Dah la nombor aku pun tak tahu dia dapat kat mana. Nak kata dapat kat kawan-kawan, aku mana ada ramai kawan kat sini. Rose jelah yang ada. Nama pun dia tahu. Tak boleh jadi ni. Takpe. Kalau dia nak main, aku akan pastikan aku lah pemenangnya.
Alamak! Matilah aku kali ni. Buku kat perpustakaan tak ambil lagi. Macam mana nak buat tugasan Miss Linnet ni. Nanti kena soal depan dewan kuliah malu aku. Dah la pelajar Melayu sikit. Memalukan nanti. Dina bergegas ke perpustakaan yang terletak 2km dari kelas tutornya. Kawasan universiti ni memang luas. Jarak antara fakulti ke fakulti pun dah ambil masa 15minit. Namun, satu je yang Dina suka. Pemandangannya cantik. Penuh dengan rumput yang menghijau dan pokok-pokok yang rendang di tepi jalan. Mewujudkan suasana segar dan nyaman. Sesekali Dina menghirup lama udara di situ tanda menikmati anugerah Allah yang tidak ternilai ini. Dina kembali berjalan cepat apabila teringat yang dia perlu mendapatkan buku itu dengan kadar segera.
Setibanya di perpustakaan.
            “ Sorry for disturbing. Can I borrow a book here named ‘Management for Environment’ please.” Laju Dina bertutur dalam bahasa Inggeris.
            “I’ll find it for you. Can you please wait for a moment Miss….?”
            “Irdina. Hannah Irdina.” Dina menguntum senyuman sambil melabuhkan punggung di atas kerusi depan kaunter. Seketika Dina ralit memerhati gelagat manusia yang ke hulu ke hilir mencari buku. Tak kurang juga yang asyik sibuk menelaah di satu sudut dan mungkin juga sudah tenggelam dalam dunia bacaan mereka. Sedang asyik mengelamun, Dina dipanggil oleh pustakawan yang berambut perang dan memakai kaca mata itu.
“ I am so sorry Miss Dina. The book that you looked for had been borrowed by a male student yesterday. That is the last book in this library. Sorry.” Wanita itu menggeleng kepala seraya menunjukkan wajah simpati.
“Oh I see. Can I know who is the person?” Dina memujuk.
“His name is Faiq Dayyan. You can find him in Engineering Faculty.”
“Okay then. Thanks for that.” Dina kemudian berlalu pergi.

*bersambung :)

menggedik nak lelawakan blog!

anhyeong haseyo!

lawa tak lawa tak? haha.. biasa je sebenarnya.. tapi dah cukup nak buat aku senyum tengok.. rasa macam.. wah.. nice nya blog aku.. comelnye.. alalala suwit sangat.. hehe.. haa, mulai sekarang, aku nak start bagi kengkorang baca cerpen yang aku buat.. kalau lambat hupdate tu maaf lah ye. sebab aku takde internet broadband bagai.. kawan aku yang bagi pinjam. but i'll promise to do my best...

so, till next time sayangs2 semua... <3

Saturday, 29 December 2012

Apa salahnya jadi gemuk?



WHAT THE FART BETULLAH TAJUK AKU KALI NI. BUT, ALMOST TIME ORG SIBUK PROMOTE SANA SINI KONONNNYA NAK KURUSKAN BADAN DAN SEBAGAINYA.YA MEMANG.. KURUS TU MEMANG CANTIK. BADAN PUN MENAWAN. NAK TACKLE LELAKI PUN SENANG.
OKE. BACK TO TOPIC? AGAIN AKU TANYA. SALAH KE JADI GEMUK? HURM. SATU ARTIKEL YANG AKU PERNAH BACA. TAKDE ORANG YANG DILAHIRKAN ASALNYA GEMUK. KAN? GADIS2 FLUFFY YANG KAT LUAR SANA, JANGAN TERASA ASING KALAU KORANG GEMUK, IT IS NOT YOUR FAULT. IT IS JUST A WAY OF NATURE. CUBA BAYANGKAN KALAU GAJAH TU KURUS DAN TAK BESAR MACAM SEKARANG? CUBA BAYANGKAN KALAU IKAN PAUS TU SEBESAR IKAN BILIS? WHAT A BORING WORLD. SERIOUS NI DER WA CAKAP LU.
IT IS YOUR BODY. U DECIDE WHAT U WANT TO BE. MEMANG MEMANG MEMANG. APA YANG BANYAK SANGAT MEMANG AKU NI? OKAY MACAM NI. KALAU BETUL KORANG NAK KURUS, CER CHECK BALIK. TANYA IMAN DAN TAQWA *ALA2 USTAZAH PILIHAN GITU* KENAPA KORANG NAK KURUS? ADAKAH SEBAB NAK PAKAI BAJU LELAWA MACAM ERA PAJIRA? ATAU MEMILIKI PINGGANG SERAMPING CHE TA A.K.A. ROZITA CHE WAN? ATAU MAHUKAN PERHATIAN? COME ON GIRLS.. MUHASABAH DIRI TU BALIK. KENGKORANG SEPATUTNYA NAK KURUS SEBAB NAK JAGA KESIHATAN. BUKAN SEBAB TUE… OKAY? APA2 PUN, KALAU KORANG BERTUBUH BESAR AND KORANG SIHAT? ITS OKAY TO STAY FOR WHO YOU ARE… TAKDE PAKSAAN DALAM MEMILIH TUBH BADAN SENDIRI. XDE DISKRIMINASI. JANGAN HUKUM BADAN KITA. TAPI HUKUMLAH APA YANG KITA DAH BUAT DENGAN BADAN KITA. BE A HEALTHY PERSON IS MUCH MORE BETTER THAN BEING SLIM FOR LAME EXCUSES. CHEH! BETUL NI. KORANG2, JANGAN TAKSUB SANGAT DENGAN IKLAN KAT TV TU. DENGAN ADANYA SLIM WORLD, LONDON WEIGHT MANAGEMENT, HERBALIFE AND BLA BLA BLA, KORANG TAK PERLU RAMBANG MATA UNTUK SEMUA ITU.
THUS, JUST TAKE PROPER MEAL AT ACCURATE TIME AND EXERCISE REGULARLY… IT CAN HELP YOU THOUGH. TRUST ME! NO NEED FOR GIVING MONEY TO THEM SO THAT YOU CAN GET YOUR DREAM SIZE. AGAIN.. HIGHLIGHT SIKIT… JADI GEMUK TAK SALAH, TAPI KALAU KORANG NAK KURUS, BETULKAN NIAT LILLAHIATAALA DAN JALANI HIDUP YANG SIHAT…
*DUSHUM-BIG STONE ON MY HEAD*
-NEED TO START THIS IMMEDIATELY-
TILL THEN…. J

Friday, 14 December 2012

some things happen without we notice!

hey guys!
hows ur days? mesti best kan... aku? best laa jugakk... tapi tiba2 je dapat berita yang sepupu aku yang paling sulung meninggal kat hospital. hari tu masa dapat tahu dia kena tahan wad sebab sakit jantung,,, aku dah tak sedap hati tapi pujuk jugak hati ni suruh jangan fikir bukan-bukan.. but at last, it came true... no, aku tak doakan.. tapi still benda yang kita taknak tu akan jadi jugak kalau Allah dah tetapka nak jadi macam tu.. kun fayakun right? kalau Allah kata jadi, maka jadilah... siapa kita nak halang kan? dan kami pun dah redha dengan pemergian arwah... al-fatihah sepupuku.... walaupun aku xrapat ngan dia, but still aku sayang dia.. air dicincang takkan putus kan? harap2 family dia akan tabah dengan ujian ni...

-al-fatihah-

Wednesday, 12 December 2012

my.anugerah.terindah.. *setakat ni* HAHA


hoyeahhh.. dapat result hari tuu.. for semester three.. finally breaking my little own record in 3 semester... terima kasih Allah atas anugerah ini.. terima kasih semuanya.... 

AD tuuuu... hehe.. :D

Friday, 27 July 2012

my lovely bubbly cutey best friend !

hari ni besday kawan baik aku..honestly nayya (nick name for her) , ak tak engat langsung besday mg.aku xegt pon tarikh sejak 2,3 mggu nie..tbo2 pagi takdi aku tengok tarikh kat fon aku..27/7? mace adow besday someone jah...lepah aku tengok tengok tengok..tadaa~besday mg la wehh...aduhh~ jahat la aku kea? sorie nayya..aku buke x egt,...aku egt..cuma aku tak alert pasal tarikh tue...hehe...hurm~btw, happy besday cayunk...hurm~mesti mg rindu saat2 buleh bear, cokelat yg bersepah2 atah katil time besday and a lot of friends also ur scandal wih ue at this kind of day rite ? haha..just joking..well..aku takda nak bagi paper la lonie..skill pom kurang dohh..so aku decide nok post kat blog aku..hope mung suko laa...hehe~femes kot masuk blog aku..(bajet mcm ramai je yang baca blog pffffttttt....)..

and to my viewer...nayya is a very good friend of mine..we used to know each other since form 3 and we become close to each other since form 4..because we are from the same class..and not forgetting also our good friend MAHFUZAH JUNOS...(amek mg, habis besar aku wak namow mg,...caps lock bena :P)..

to nayya :
happy birthday from me, athirah bakhiar...sorry kalau selama nie aku bukan kawan yang baik..and i hope u are doing well in ur life and get all the things that you hoped for,..i will always praying the best for ue..i hope that someday we will meet togeteher with MAHFUZAH JUNOS (again with caps lock :D), with our lovely super duper hubby ;D
HEHE~
hope so..semoga kamu panjang umur dan murah rezeki..jadilah muslimah terbaik..walau kita tak sekuat khadijah, tak secekal aisyah..tapi stilll kita boleh cuba untuk jadi sepertinya kann? last but not least, i will always love ue till death apart us~ 

here is a song for ue ! ENJOY !

NOT SO CHILDISH RITE ? 
HAHA..
please enjoy this song..i know u r 19 now..ops !
:)

Friday, 6 July 2012

hewhew..:3

salam ols....
erm..hari nie aku xmakan lagi..haha..xda faedah btol citer kt org tak makan lagi.well, sbenarnya aku nak bagitahu sal satu benda.pernah tak korang rasa diberi harapan atau menjadi harapan kepada orang lain? agak2 aku pernah tak masuk dalam golongan tu ? eh, mestilah :D
xkan la tak pernah kann ? kalau tak , xde nye nak susah2 tanya korang benda nie..hehe...okay~
sedih tak bila dia bagi harapan then tanpa innocent nya crush that hope ? sedih kann ? lagi sedih kalau dia tak tahu pun yang dia bagi harapan kat kita...omg! sedihh kot...~ wahh....empati gila ..hahaha...xpe lahh...korang janagn sedih lahh..benda macam nie kejap je hilang..lagi2 kalau korang dahy dapat makan coklat feveret korang..gerenti rase heaven and tak nak dah fikir pasal tue...

baru2 nie aku sempat pegi program khidmat masyarakat kat kepala batas..pagi2 lagi dengar ceramah kat hotel bayview kat georgetown..then diorang bagi baju..smart sgt..dia bagi saiz M ? what ? i pkai saiz xxs lahh..hahha...haish dorang nie..tak tau ke ak nie badan ibarat kerengga ? kalah kot..hahaha...*headshot
then, petang tu pegi rumah kanak2 kat kepala batas..kitorang wat aktiviti gotong royong kat sana...tbe2 nampak kanak2 umur between 5-6 tahun beratur nak g makan kat dewan makan..time tue aku baru je lepas mop lantai kt dwn tue..tengok adik2 comel nie terngat time aku jadi cikgu tadika dulu...pada suatu masa dahulu sambil tunggu keputusan SPM yang amat tak membanggakan.....

then, bergerak lah dorang nak makan kt dlm dewn tu...senyap je dorang..takut kot tengok akak2 abg2 yg ramai..mcm tak pernah tengok budak kecik lak kwn2 aku ni..hailahh~ cikgu dorang bagi makan cream puff..eheh..feveret ak kot...gulp~ telan air liur..sabar2..makanan budak2 tu lahh..kau ponn...x menyempat... :)
tbe2..hati rasa sebak tengok budak2 nie..apa la salah diorang sampai mak ayah sanggup abandon dorang kat rumah nie..okay.sedikit information. kanak2 kat rumah nie adalah average dlm baby sehingga umur 12 taun.mereka nie adalah mangsa penderaan, ditinggalkan ibu bapa dan lain2 kes.perlu diingatkan bukan anak2 yatim oke ? pernah terfikir tak kenapa mak ayah dorang sanggup tinggal dorang kat cni ? kecik2 lagi dh merasa takda mak ayah...kalau korang tengok muka2 innocent diorang, sumpah korang nanges..abang2 yan g nampak cam brutal ponn menitis air mata tengok budak2 nie...luar je keras..dalam hati ada taman bro....apatah lagi aku yang sememangnya suka sangat bersensetifan nie.....aku tahan je air mata dari tumpah..kalau lah kita pun buat sedih, diorang lagi sedih..

tiba tiba abang hensem dari jabatan kebajikan masyarakat tegur...
'ni baru tengok yang besar2 nie..tak tengok lagi baby yang jadi mangsa buangan kat tong sampah sume....kalau tengok mesti korang tak sanggup nk letak baby tue balik....mula2 kita angkat baby tue rasa nak peluk je..bila letak,dia mesti nanges..time tue lahh korang akan berperang dengan perasaan sendiri...apakan daya abg JKM...berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul.... :'(

so, guys....please love your children in the future...sayang lahh anak2 yang menjadi anugerah buat kita..jangan disisihkan kerana bila tiba hari pembalasan kelak, apa jawapan yang mampu kita bagi ?

*dear future husband, love our children okay ? *

Friday, 29 June 2012

perlu ke ? pehliss la . . .

assalamualaikum  . .  u ols..
today i'm gonna tell you something that...jap2..apsal la aku melalut ckp omputeh nih..hahaha...okay. sbnrnya nak cite pasal kawan aku nie. namanya dirahsiakan okay ? sayang, kalau kau baca nie, jangan marah tau2 ? aku just nak bagitahu benda yang tak sepatutnya jadi bila kita sayang kat orang. okay. mamat ni kononnya cinta, kasih dan sayang sgt2 lahh kt kwn aku nie. hari2 mesej. hari2 call. sampai satu masa, dia cakap, sorry..saya dah tawar hati dengan awak...what ? oke fine. blah la kalau betul2 nk blah sgt kan..who cares ?
tapi kawan aku nie mudah sgt sentap. sedih je memanjang. of course la...syg kott..tapi,imagine eh bila satu hari kawan aku dapat tahu yang laki tue kapel ngan prempuan laen..LOSER !
aku tau dia takkan senang2 nak tinggal kau lah weh..serius..aku tak faham ape lagi yang laki nie nak...kawan aku nie dh la lawa, baik. boleh je senang2 dia tinggal. aku ingat dah kapel ngan orang lain tue, dia stop lah kacau kawan aku. 
rupanya datang lagi merayu-rayu suruh terima dia balik. but at the same time, dia tak nak lepas perempuan tue. tapi tapi tapi dia still nak balik ngan kawan aku...boooooo~
loser lah kaw...senang2 kau tinggal, senang2 kau nak kutip balik ? weh, ingat perempuan nie apa ? selipar ? pakai bila nak, buang bila tak nak ? then, kalau kau rasa nak campak kau campak, rasa nak simpan kau simpan.puihhh~
blah la wey....aku memang tak boleh terima apa yang dia dah buat..lagi lagi dia buat kat kawan aku...sampai bila bila aku takkan maafkan..cheh~
macam aku jer yang kena..biasalah, kawan kan ? cubit paha kiri, paha kanan terasa...
n to u my girlfriend !
stop remembering him okay ? aku tau kau susah nak lupakan dia..but somehow, kau kena jugak lupakan dia....u deserves someone better lah..serius..ramai lagi kat luar sana yang lebih baik, alim dan memenuhi ciri ciri idaman yang kau pernah cerita tue...so, please please please enjoy your life without him okay ?
aku dan kawan kawan yang lain sentiasa dengan kau tau ?


and baru baru nie aku suka sangat dengar lagu nie..enjoy yaw ~


till then~ since aku dh ada broadband nie..haha~ :D
thanks for lending me ur time ~

Saturday, 23 June 2012

sahabat syurga sehingga ke akhirnya.....

saat menemui sahabat2 yang aku x sangka akan mmbawa kepada perkenalan yg aku kira menjadi kenangan seumur hdup..mereka sgt adorable even banyak perangai yang tak dijangka...



Mahfuzah junos
Seorang minah yg bijak.even byk kali dia menidakkan kenyataan itu namun kebijakannya terbukti apabia dia menjadi salah sorang pelajar tajaan jpa utk ke university of irbid.aku pggil pujah.first time aku nmpak minah nie kat kelas 1ua.haaa~mula2 aku xberkenan sgt kt minah nie sbab dia mcm kerek skt ah.so aku x terlintas langsung nak kwn ngan dia.nmpak kerek semacam jer.tapi.....siapa sgka aku ngan dia jadi shbat paling kamceng.she knows what i like and i know what she don’t like.smpai stu masa ade senior tegur apsal la korang neh..asal jumpa jer berdua.haha..nasib lah...minah nie xsuke mkn sayur.mknan kat dwn mkan tue kalo ikan,xmkanlah jwbnye...slalu jgak kutuk dia xmkn sayur sbb dh la kecik,mkn syur taknak...bila la nk bsar...

Faten nadia Abdullah
Minah paling top kt skolah.menjadi kegilaan para student junior dn menjadi antara calon ngetop utk dijadikan kakak angkat.hoyeah~its true...ak xrapat sgt ngan minah nie mula2...tapi bila dh setahun jadi classmate ak xsgka kepala dia pun sama gila ngan aku.haha.then kitorang terapat menjadi shbat smpai habis ting 5.well,xbetul tue.bukan smpai tingkatan lima,but smpai bila2.....

Nur Amnah Bt Duniya
haa...amnah ni kwn satu sorm ngan aku. 3 tahun kitorang duk skali..hehe..tiap kali aku nk nages, mesti aku pegy kt dy...she knows how to comfort me....bila nangis kt bahu dia, kejap je perasaan sedih tue hlang...mula2 aku takut nk kwn ngan dia. sbb dia warak sgt. xmcm aku. hewhew...tapi bila dh kwn, mane la nk tau yg kepala dia pun sama gila macam aku..hehe

Aira Afiqa Ahmad Sukery
hurm~aira....aku sedorm ngan dia time form5...time tue lah start rapat....selalu jer tergelak bila dgr dia wt lawak..haha...aira nie pandai taekwando tau..jgn xtahu...sgup aku xblik cuti raya cina sbb nk teman geng taekwando g tournament...totally insane. tapi pengalaman yg sgt3 best...kan aira ?

*banyak sgt lah kalau nak citer sume..sbb sume ade prangai masing2...yang sentiasa buat aku gelak dan sentiasa ada di waktu aku sedih... thanks sahabat2 ku....~~~